Home Indonesian maid charged with abusing employer’s baby girl PH01_190213_MAHKAMAH

PH01_190213_MAHKAMAH

KUANTAN, 19 Feb — Pembantu rumah dari Sukarame, Acheh, Yuliana, 23, keluar dari Mahkamah Sesyen Kuantan selepas dijatuhi hukuman penjara 20 tahun setelah mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan mendera adik Muhamed Hareez Mohd Zamri yang berusia empat bulan di sini, hari ini. Bagi pertuduhan pertama, ibu kepada dua anak itu didakwa menghempas dan melambung Mohamed Hareez Mohamed Zamri sebanyak sembilan kali yang boleh mendatangkan kematian kepada mangsa pada 7.45 pagi, 15 Februari lepas di kediaman ibu bapa mangsa di nombor 7, Lorong Bukit Setongkol 38, Jalan Bukit Setongkol dan dia didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun. Manakala bagi pertuduhan kedua, pada tempat dan masa yang sama, dia didakwa menganiaya Mohamed Hareez dengan tujuan mendatangkan kecederaan yang boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya sekali. –fotoBERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA